Jujur. Aku penggemar filem seram.
Dan jujur. Aku tidak gemar filem seram Melayu.
Tak seram. Tapi geram.
Dan jujur. Aku tidak gemar filem seram Melayu.
Tak seram. Tapi geram.
Biasanya, filem seram yang berjaya menseramkan aku adalah filem Thailand
(atau Indonesia kadang-kadang) Buat setakat ini, Unseable (Thailand) dan
The Maid (Singapore) adalah yang terseram dan makan dalam. Iaitu masih
menseramkan aku hingga kini bila fikiran aku terkenangkannya. Hingga
kadang-kala aku berasa macam Ish-Tak-Guna-Betul sebab buat aku seram.
Engkau suka filem seram?
Aku memang suka. Sungguhpun mama tak berapa suka. Sebab bagi
beliau, filem seram adalah tahyul dan buat engkau berasa takut pada kuasa
selain Tuhan. Memang iya juga. Tapi kalau nak disifatkan aku ini sebagai
penakut hantu sangat, mungkin tidak. Maksud aku, bukan tidak takut. Tapi
pada kebanyakkan masa, aku tak selalu mengingati hantu. Dan aku malas
hentam fikiran sendiri dengan mengingati hantu. Sebab itu aku tak gentar
menonton filem seram.
Malam semalam, kami menonton Insidious. Malam-malam. Tutup lampu
(standard lah, bila nak tengok filem seram mesti nak tutup lampu) Filem dari
pengarah yang sama yang membuat Paranormal Activity dan Saw. Ini pon
antara filem yang boleh tahan membuat aku seram. Dahlah masa aku
menonton, kami tinggal di Wishart. Rumah itu pula jenis suka berbunyi-bunyi.
Meskipon aku tahu bukan bunyi hantu cuba ajak bergurau, tapi boleh tahanlah
buat aku kecut bila tinggal sendiri. Mama pula asyik abroad. Namun,
ketakutan aku tidaklah sampai memakan diri. Habis-habis pon, dalam takut
itu aku berani juga turun ke dapur pergi makan sandwich. HAHAHA (ketawa pula)
Ini trailer dia.
Pon macam tak berapa mentakutkan.
Pon macam tak berapa mentakutkan.
Pendek kata. Bukanlah mentakutkan sampai engkau boleh pengsan atau sakit
jantung di tempat kejadian. Cuma. Elemen seram dia bagi aku, cukup makan
dalam. Iaitu cukup untuk buat kau tergamam dan rasa tertekan semasa
menonton. Aku bagi 4 bintang sebab aku suka filem ini.
Jalan cerita dia, tak payahlah aku cerita. Sebab aku harap, siapa berminat
pergilah tonton. Kami satu rumah agak berasa seram juga. Sudahlah seram,
menonton dalam cuaca sejuk dingin pula.
Filem yang aku tidak recommend adalah No Sting Attached. Takyah tengok.
Tidak bermoral, tidak menarik dan mempromosikan gejala tidak sehat.
Sumpah menyampah. Engkau ada anak yang sedang membesar dan sedang
dalam fasa suka bertanya? Aku harap janganlah menonton bersama anak
(itupon kalau engkau memang nak sangat menontonlah)
Ini pendapat peribadi. Kalau lepas tonton dan engkau tak berasa suka, jangan
salahkan aku. Rambut sama hitam, syampu lain-lain.