16 March 2011

Demi Sesuap Burger

MasyaAllah!

Pagi ni saya teringin breakfast burger .Gara-gara tak dapat Ramly Burger ,          

burger Steggle pon jadilah T___T .Lantas turun kitchen dan dengan kerajinan 

yang aneh ,panaskan pan .Padahal selame ni semue masuk oven .Goreng 

dengan keringat sendiri. Makan sambil mengadap TV. Sejam berlalu. Aik? 

Apsal mate pedih ni? Tonyoh-tonyoh mate . Aik? Apsal rase sesak ni? Lihat 

sekeliling rumah dan menyedari rumah berasap-asap.

Heesh.

Jiran yang mane yang buat pembakaran terbuka ni? Nak report polis nak 

report polis. HAHA Kecoh. Lalu mengintai-intai ke luar nak tinjau dari rumah 

siapakah asap ini datangnya *CEHCEH* . Tidak lama itu, tersedar bahawa 

pintu dan tingkap rumah semue tertutup. Sah! Sah sah datang dari rumah 

sendiri. 

Tak ade kaitan dengan pembakaran terbuka jiran tetangga. Biasa tu die. Nak 

salahkan orang aje tahu.

Masuk kitchen. Menggelupur! Saya terlupa tutup gas stove. Minyak bekas 

saya menggoreng bukan main menggelegak panas. Terpercik-percik. Asap 

berkepul dan mengeluarkan bau asap. Kalau asap mengeluarkan bau sabun 

mandi Palmolive tak ape jgak . Gemuruh jantung dibuatnye. Laju-laju 

memadamkan gas. Tolak pan ke tepi dan mengibas-ngibas asap. Sliding door 

semua dibuke .

Irfan buat ape ? Dia buat tak peduli. Dia tengok cartoon tanpe 

mempedulikan kejadian asap. HAHAHAHA Dasar bayi!


Kusss semangat.

Saya takut kalau asap tu trigger smoke alarm. Habis haru biru kawasan 

kediaman ini kelak dibuatnye. Dahlah mama takde kat rumah.Ha, menjawablah 

kau nanti kalau ada orang panggil bomba. Sekali dibuatnye bomba sampai, laa 

budak ni masak burger rupanya. Buang masa bomba. Dan merugikan 

government. Aik? Apsal tetiba government rugi plak? Burger saya punya pasal, 

government yang rugi. Engkau merepeklah. Keluar sekarang!


Terima kasih Ya Allah kerana tidak mentakdirkan kejadian berbunyi loceng 

kebakaran. Pheww. Sweat.HAHAH





Tauladan buat semua dari cerita ini ;
Kalau makan burger Ramly, ingat saya.



Ramly Burger, bak lima posen. Duit iklan.